Sunday, 12 February 2017

PROGRAM KEUSAHAWANAN BERKENALAN DENGAN EXPOSURE LEVEL 1 GABUNGAN PI1M TAWAU

19 January 2017 | Berita Terkini
TAJUK PROGRAM: “BERKENALAN DENGAN EKSPOSUR LEVEL1”
TARIKH & WAKTU PROGRAM: 7 JANUARI (SABTU) 12.30 PTG – 5.00 PTG  
TEMPAT: PI1M PPR TAMAN SRI TITINGAN

Pada 7 Januari 2017 bertempat di bilik latihan Pi1m PPR Taman Sri Titingan, telah di adakan satu program bulanan bersama gabungan pi1m tawau iaitu “Berkenalan dengn eksposur level 1”. Tujuan program ini di adakan adalah untuk memberi pendedahan kepada belia-belia dan warga sekitar mengenai perniagaan Fotografi. Tujuan lain program ini juga memberi panduan-panduan yang boleh digunakan untuk mengambil gambar yang tepat melalui peralatan yang digunakan disamping membantu para belia untuk menceburi bidah fotografi.
            Di awal program ini, para peserta dari warga sekitar PPR Taman Sri Titingan dan tawau mendaftar pada 12.00 tengah hari sehingga 12.30 petang. Sejurus para peserta telah mendaftar, acara dimulakan dengan sedikit advokasi bertajuk “Keselamatan Profil Peribadi Di Media Sosial” sekitar 15 minit oleh penyelia Pi1m PPR Taman Sri Titingan. Selepas advokasi tersebut, program di teruskan oleh seorang usahawan fotografi tempatan iaitu En. Abdul Rahman Suni.
            Tepat pukul 1.00 petang, pembentangan dan panduan-panduan mengenai fotografi di sampaikan oleh en. Abdul Rahman Suni. Beliau telah memberikan panduan dan cara yang tepat juga panduan mengambil gambar yang tepat dengan pembentangan slide dan teori-teori yang sering digunakan dalam perniagaan beliau. Para pserta juga dapat praktikal penggunaan kamera DSLR yang digunakan dalam perniagaan fotografi dan konfigurasi nya.
            Pada pukul 3.00 petang hingga 3.30 petang sedikit jamuan ringan di sediakan kepada peserta. Selepas itu, para peserta ikut serta sesi photoshoot studio bersama seorang model tempatan iaitu Cik Andrianna Pamella. Di sini, para peserta akan dapat lebih merasai pengalaman menggambar seorang model, gaya yang betul, reaksi muka dan  mempelajari penggunaan cahaya di dalam sesebuah studio. Di masa acara sesi photoshoot, para peserta dan model berkongsi maklumat kehidupan dan pengalaman dalam mengenali dunia permodelan. Program ini tamat pada pukul 5.00 petang dengan meriah dan mendapat maklumbalas yang baik dari peserta program.












Friday, 10 February 2017


ISU SEMASA HARGA MINYAK

Hasil carian imej untuk blog harga minyak masak naik



Oh my!! Oh my!!.. Harga minyak kat negara kita naik ye. Tapi bulan ni lagi istimewa. Minyak masuk dan minyak petrol, sama sama naik.Kenaikan harga minyak masak disebabkan pemansuhan subsidi dan pengapungan harga minyak masak mengikut harga pasaran adalah isu yang sangat sensitif di kalangan rakyat Malaysia.

Ada beberapa persoalan yang boleh direnungkan bersama apabila kerajaan mengambil keputusan menghapuskan subsidi minyak masak.

Pertamanya, minyak masak akan naik harga bulan depan.

Walaupun ia dilihat akan memberi kesan segera kepada pengguna biasa tetapi peniaga pasti akan mengambil kesempatan.

Apakah ini bermakna, dalam tempoh beberapa bulan akan akan datang, harga makanan juga akan naik akibat kenaikan harga minyak masak?

Keduanya, apakah akan berlaku kejadian sorok bahan itu? Jika berlaku siapa yang melakukannya, pemborong atau pembekal minyak masak?

Kini terdapat 260 pemborong dan pembekal minyak masak di seluruh negara.

Ketiga, jika berlaku aktiviti sorok, sejauh mana berkesannya penguatkuasaan?

Apakah mereka bersedia membayar denda atau akan berlaku kejadian ketirisan dan sebagainya yang akan merugikan rakyat dan kerajaan?

Keempat, apakah peruncit bersedia membuat laporan?

Tidakkan mereka bimbang akan dipulaukan oleh pemborong?

Kelima apakah kerajaan boleh menjamin harga minyak masak terus stabil pada tahap  RM2.50 bagi setiap kilogram dan berapa lama?

Keenam, apakah pelaksanaan penguatkuasaan mempunyai cukup kakitangan dan

Ketujuh,  apakah  jaminan mereka yang melakukan kesalahan di bawa ke muka pengadilan?


Hasil carian imej untuk blog harga minyak masak naik
















Laporan hari ini menyebut, di bawah program penstabilan 
minyak masak baharu yang akan mula dilaksanakan November ini, harga 1kg minyak masak peket plastik dinaikkan 40 sen kepada RM2.90, manakala minyak masak botol 5kg naik RM1.90 kepada RM15.25.








   Kadang kadang aku terbayang, berapalah agaknye harga minyak 10 tahun akan datang.
Perkara-perkara yang berkaitan dengan makanan adalah perkara yang tidak boleh dibawa main dan saya percaya perut-perut yang lapar boleh menyebabkan kerajaan sesebuah negara digulingkan dari tampuk kuasa.

Adakah rakyat terbeban dengan keputusan kerajaan untuk memansuhkan subsidi minyak masak untuk minyak masak bukan paket 1kg ke atas?
Saya pasti ada yang terbeban dan tipulah kalau kata tak ada langsung yang terbeban ditambah dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel bagi bulan November.


copyright /source/validation
http://www.badukan.com/2016/11/senarai-rasmi-harga-minyak-masak.html
http://www.ammboi.com/2016/10/26/harga-minyak-masak-naik-pada-1-november-2016/