PROGRAM KEUSAHAWANAN BERKENALAN DENGAN EXPOSURE LEVEL 1 GABUNGAN PI1M TAWAU
19 January 2017 | Berita Terkini
TAJUK PROGRAM: “BERKENALAN DENGAN EKSPOSUR LEVEL1”
TARIKH & WAKTU PROGRAM: 7 JANUARI (SABTU) 12.30 PTG – 5.00 PTG
TEMPAT: PI1M PPR TAMAN SRI TITINGAN
Pada 7 Januari 2017 bertempat di bilik latihan Pi1m PPR Taman Sri Titingan, telah di adakan satu program bulanan bersama gabungan pi1m tawau iaitu “Berkenalan dengn eksposur level 1”. Tujuan program ini di adakan adalah untuk memberi pendedahan kepada belia-belia dan warga sekitar mengenai perniagaan Fotografi. Tujuan lain program ini juga memberi panduan-panduan yang boleh digunakan untuk mengambil gambar yang tepat melalui peralatan yang digunakan disamping membantu para belia untuk menceburi bidah fotografi.
Di awal program ini, para peserta dari warga sekitar PPR Taman Sri Titingan dan tawau mendaftar pada 12.00 tengah hari sehingga 12.30 petang. Sejurus para peserta telah mendaftar, acara dimulakan dengan sedikit advokasi bertajuk “Keselamatan Profil Peribadi Di Media Sosial” sekitar 15 minit oleh penyelia Pi1m PPR Taman Sri Titingan. Selepas advokasi tersebut, program di teruskan oleh seorang usahawan fotografi tempatan iaitu En. Abdul Rahman Suni.
Tepat pukul 1.00 petang, pembentangan dan panduan-panduan mengenai fotografi di sampaikan oleh en. Abdul Rahman Suni. Beliau telah memberikan panduan dan cara yang tepat juga panduan mengambil gambar yang tepat dengan pembentangan slide dan teori-teori yang sering digunakan dalam perniagaan beliau. Para pserta juga dapat praktikal penggunaan kamera DSLR yang digunakan dalam perniagaan fotografi dan konfigurasi nya.
Pada pukul 3.00 petang hingga 3.30 petang sedikit jamuan ringan di sediakan kepada peserta. Selepas itu, para peserta ikut serta sesi photoshoot studio bersama seorang model tempatan iaitu Cik Andrianna Pamella. Di sini, para peserta akan dapat lebih merasai pengalaman menggambar seorang model, gaya yang betul, reaksi muka dan mempelajari penggunaan cahaya di dalam sesebuah studio. Di masa acara sesi photoshoot, para peserta dan model berkongsi maklumat kehidupan dan pengalaman dalam mengenali dunia permodelan. Program ini tamat pada pukul 5.00 petang dengan meriah dan mendapat maklumbalas yang baik dari peserta program.
malingkat
ReplyDelete