Bagi mengelakkan perselisihan faham dengan pihak Belanda ketika itu yang memerintah Indonesia , dimana Tawau adalah berkongsi sempadan dengan Indonesia, pihak pemerintah Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan tersebut . Sempadan asal bagi kawasan yang diserahkan oleh Kesultanan Sulu dan Kesultanan Berunai ialah dibawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan Indonesia yang mana kawasan tersebut termasuk dibawah Pemerintahan Belanda ketika itu yang mana telah sedia ada penduduk disitu. Berikutan itu satu Suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai–pegawai dari United Kingdom dan Belanda. Satu Laporan Bersama telah disediakan berserta dengan peta dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya masing – masing di Tawau pada 17 Februari 1913 . Kemudian mengikut Protokol diantara United Kingdom dan Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915 dimana kedua–dua Kerajaan mengesahkan laporan bersama dan Peta tersebut.
2. BANGSA BANJAR
Suku Banjar
yang tinggal di Sumatera dan Malaysia merupakan anak cucu dari para penghijrah
etnik Banjar yang datang dalam tiga gelombang migrasi besar. Bagi golongan
mingrasi pertama, penghijrahan telah berlaku pada tahun 1780 ke pulau Sumatera.
Etnik Banjar yang menjadi pendatang ketika itu adalah para penyokong Pangeran
Amir yang kalah dalam perang saudara Kerajaan Banjar, iaitu Pangeran
Tahmidullah. Mereka terpaksa melarikan diri dari wilayah Kerajaan Banjar kerana
sebagai musuh politik mereka sudah dijatuhkan hukuman mati.
Bagi golongan migrasi kedua, pada tahun 1862 terjadi lagi
penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Dalam masa-masa tersebut, suku Banjar juga
berhijrah ke Malaysia antara lain ke negeri Kedah, Perak (Kerian, Sungai Manik,
Bagan Datoh), Selangor (Sabak Bernam, Tanjung Karang), Johor (Batu Pahat) dan
juga negeri Sabah (Sandakan, Tenom, Keningau, Tawau) yang dikenali sebagai
Banjar Melau. Daerah yang paling ramai terdapat etnik Banjar di Malaysia adalah
daerah Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan. Tarikh migrasi masyarakat ini
ke Tanah Melayu tidak dapat dipastikan, tetapi menurut Afred Bacon Hudson
seorang pengkaji orang Banjar, migrasi ini bermula dalam pertengahan abad ke
19. Penempatan yang awal sekali dapat dikesan ialah di Batu Pahat, Johor. Pada
masa itu, mereka dikatakan sering berulang alik berdagang dan berniaga kelapa
kering melalui Siak, Bentan, Inderagiri terus ke Batu Pahat dan Singapura.
Selain daripada itu Bagan Datoh di Perak juga dikatakan tempat pertapakan awal
masyarakat ini di Tanah Melayu.
Di Sabah pula, orang Banjar terdapat di Sandakan, Tenom,
Keningau dan Tawau. Orang Banjar ini pula terbahagi kepada beberapa puak dan di
antara yang terbesar ialah Tanjung dan Kalua dari daerah Balangan, Amuntai dari
daerah Amuntai, Barabai dari daerah Alai, Nagara dan Kandangan dari daerah
Hamandit, Rantau dari daerah Margasari dan Martapura dari daerah Martapura.
Masyarakat ini sering mengidentifikasikan diri mereka berdasarkan daerah tempat
asal-usulmereka di Tanah Banjar.
Menurut Pn. Samsiah binti Abd. Rashid, pakaian yang kerap
dipakai para remaja dan orang tua kaum perempuan Banjar adalah baju kebaya
berpasangan dengan kain batik Menjadi kebiasaan setiap
perempuan akan menyiapkan rambutnya dengan cara disanggul. Ada dua cara yang
disebut galung malang babuntut dan galung malang. Sanggul ini berbentuk bundar
seperti angka lapan. Buntut pada sanggul menunjukkan pemakainya masih gadis.
Untuk wanita dewasa dikenakan baju kebaya basawiwi (basujab),kebaya biasa yang
diberi variasi kain yang memanjang di bagian depan yang dinamakan sawiwi atau
sujab selebar 10 cm.
3. BANGSA TIDUNG

Suku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak
terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik.
Antara suku kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas,
Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Kalumpang, Tidung Pasir Putih,
Tidung Merotai dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di
beberapa kawasan di Masyarakat Tidung dahulu kala tinggal di sepanjang
sungai-sungai di pertengahan Borneo Timur hingga sejauh ke utara di Batu
Tinagat berdekatan Tawau. ( Henry Roth : 1896 ). Bukti jelas kewujudan
bangsa Tidung adalah yang terawal di kawasan daerah Tawau ialah nama tempat
yang dinamakan menggunakan panggilan dalam bahasa Tidung seperti nama Tinagat yang
bermaksud 'tebang' dan Membalua yang bermaksud 'hantu'. Mungkin
kerana dulunya di Batu Tinagat ( Kampung Batu Payung ) ini adalah kawasan hutan
tebal yang perlu ditebang dan Kampung Membalua pula dulunya dianggap kawasan
berhantu. Tawau sendiri dipercayai dinamakan menggunakan panggilan
dalam bahasa tidung yang bermaksud 'mata pancing'.Sandakan seperti di Beluran
dan Labuk.
Masyarakat suku kaum Melayu Tidung di Tawau adalah penduduk
asal di Tawau. Penempatan asal ialah di kawasan yang kini dikenali sebagai
Tawau lama iaitu di sekitar Kuala Sungai Tawau. Nama Tawau sendiri adalah
mendapat nama dari bahasa Tidung asli iaitu 'Tawai' yang bermaksud 'mata
pancing'. Ini adalah kerana rata-rata penduduk asal tempatan di kawasan yang
dikenali Tawau Lama ini adalah golongan nelayan. Ramai di kalangan
masyarakat Melayu Tidung memiliki perahu yang dipanggil perahu Kajang.
Selain itu, mereka juga mengusaha tanaman padi bukit sebagai sumber makanan
harian mereka.
Walaupun masyarakat Melayu Tidung pernah menghuni di kawasan
yang dikenali sebagai Tawau Lama ( Old Tawau ) ini namun setelah kawasan ini
dimajukan oleh pihak British pada tahun 1896, kebanyakan mereka telah
berhijrah ke kawasan lain seperti di Apas ( di sebelah timur Tawau )
dan Merotai ( di sebelah utara Tawau ). Sehingga kini, mereka masih
lagi menjadi penduduk asal dan pemilik tanah di sana. Manakala tidak lama
selepas itu, Tawau Lama juga telah ditinggalkan dan Pekan Tawau yang baru telah
diwujudkan di sebuah kawasan lain yang dikenali sebagai 'Tanjung'. Lokasi
bandar Tawau ini kekal hingga ke hari ini dan kawasan ini juga dikenali sebagai
Dewan Undangan Sri Tanjung.
Hari ini, masyarakat Tidung di kawasan sekitar bandar Tawau
telah wujud sebagai Masyarakat Melayu kerana berlakunya perkahwinan
hampir semua ahli masyarakat ini dengan masyarakat Melayu lain seperti Jawa,
Suluk, Banjar, Arab, Iban Muslim dan sebagainya sejak sekian lama. Mereka
mengamalkan budaya Melayu dan hanya bertutur dalam bahasa Melayu. Namun
sebaliknya di kawasan lain seperti Kalabakan dan Sebatik ( termasuk juga
Inderasabah dan Membalua ), masih ramai lagi masyarakat Tidung yang kekal wujud
sebagai bangsa Tidung kerana masyarakat di daerah ini agak kurang mengamalkan
perkahwinan campur dengan masyarakat lain. Ini berlaku mungkin kerana faktor
kedudukannya yang agak terpisah dengan masyarakat Melayu lain. Mereka kekal
mengamalkan adat dan budaya Tidung asli hingga ke hari ini.
Mengikut sejarahnya dahulu, kawasan penempatan Tidung di
Tawau adalah di bawah kekuasaan Kesultanan Melayu Sulu. Sebelum itu, telah
lama wujud penempatan terawal masyarakat Melayu Tidung di Kalabakan,
kampung tertua di Tawau yang terletak di bawah naungan Kesultanan
Bolongan-Tarakan. Juga terdapat bukti sejarah kewujudan penempatan Melayu
Tidung diSerudong ( berdekatan Kalabakan ) sewaktu ketika dahulu di bawah
pimpinan Datu Alun yang pernah menjalinkan hubungan dengan Kesultanan
Bolongan. Namun,penempatan itu tinggal sejarah setelah Datu Alun bersama para
pengikutnya kembali ke Tanjung Selor, Bolongan kerana telah lanjut usia dan
mahu mangkat di sana.
Manakala di kawasan-kawasan lain pula termasuk Tawau ,
Silam, Lahad Datu dan Sandakan pula adalah yang terletak di bawah naungan
pemerintahan kesultanan Melayu Sulu. Dengan adanya pengaruh dan naungan
Kesultanan Sulu inilah yang membawa kepada penyebaran agama Islam di kalangan
masyarakat Melayu Tidung dimana penyampaian dakwah Islamiah ini disampaikan
oleh pendakwah dan ulamak dari negara Arab yang berhijrah ke Kepulauan Sulu.
Buktinya kini pengaruh Arab begitu kuat dalam adat resam dan kebudayaan
masyarakat Melayu Tidung.
4. BANGSA ARAB
Masyarakat Melayu Arab
terdapat di Sabah terutamanya di Tawau, sebuah daerah yang terletak di hujung
tenggara negeri Sabah. Masyarakat Melayu Arab di Tawau ini telah wujud sejak
lama dahulu iaitu di awal kewujudan bandar Tawau iaitu di zaman pemerintahan
Syarikat Borneo Utara British ketika hujung 1880-an. Walaupun masyarakat Melayu
keturunan Arab ini terdapat di seluruh Sabah namun di Tawau, masyarakat Melayu
Arab agak ramai dan istimewa kerana mereka memainkan peranan utama di dalam
perkembangan syiar dakwah agama Islam di Tawau serta perjuangan hak dan politik
orang-orang Melayu khususnya di Tawau, Sabah ini.
Masyarakat
Melayu Arab Sabah ini banyak mendiami kawasan perkampungan lama seperti di
Kampung Pasir Putih Lama bersama sama masyarakat Melayu Tidung, perkampungan di
Batu 2, Jalan Apas berdekatan dengan hilir Sungai Tawau dan juga di kawasan
kampung Merotai Besar Tawau. Oleh kerana masyarakat Melayu Arab ini adalah
antara penduduk terawal di Tawau, masyarakat Melayu Arab ini memiliki banyak
tanah-tanah persendirian bergeran di sekitar daerah Tawau.
Kedatangan
orang orang Arab ke Tawau ketika zaman pemerintahan British Borneo Chartered
Company dahulu. adalah . memainkan peranan penting sebagai golongan pendakwah
dan pedagang dalam menyebar kan syiar islam yang dilakukan menerusi proses
penghijirahan .hakikatnya ,sejarah kedatangan masyarakat arab berkait rapat
dengan agama islam .ternyata tak dapat di nafikan kebanarannya mengenai toeri
kedatangan islam dari tanah arab dengan perkembangan ajaran islam.
Selain itu, ada juga beberapa orang orang Arab ini yang menjadi tempat rujukan
untuk mempelajari agama Islam kerana ilmu dan pengetahuan agama mereka yang
tinggi dan seterusnya menjadi pemimpin kepada orang orang Melayu di Tawau.
Misalnya, Habib Sheikh Bin Habib Abdulrahamn Al aydrus yang menjadi
ketua masyarakat Melayu Islam ( native chief ) di Tawau di antara tahun
1912 hingga 1925. Kemudian seterusnya, Habib Hussein Bin Habib Abu
Bakar Al-Aydrus pula pernah menjadi ketua masyarakat di Tawau sekitar
tahun 1930an dan akhir 1940an sebelum beliau terkorban dibunuh oleh tentera
Jepun bersama Stephen Tan, pemimpin masyarakat Cina di Tawau ketika itu. Ketika
era selepas kemerdekaan pula, Habib Abdulrahman Bin Habib Sheh Alaydrus( Bt2
Jln Apas Tawau ) Habib Hassan Bin Habib Umar Al-Hinduan ( Guru Agama ) di
Kampung Pasir Putih Lama juga banyak berjasa di dalam perkembangan dakwah
Islamiah di Tawau. Selain itu nama-nama lain di kalangan pemimpin masyarakat
Melayu berketurunan Arab yang agak dikenali di Tawau ialah Habib Abdul
Rahman ( Anak Habib Sheikh ), Habib Idrus, Haji Awadan dan Habib
Mohammad..
Peniaga peniaga Arab yang
datang ke Tawau ini menetap di sini dan berkahwin dengan penduduk tempatan.
Mereka kebanyakannya terlibat dalam perniagaan kain.
Misalnya Habib Ali, seorang peniaga kain sangat terkenal di Tawau suatu
masa dahulu. Anak beliau sekarang adalah seorang ahli politik yang berjaya
iaitu Yb Datuk Syed Abbas yang memegang jawatan sebagai Ketua UMNO
Tawau merangkap ADUN kawasan Balung dan juga (Mantan) Pengerusi MUIS negeri
Sabah.Banyak orang orang Melayu keturunan Arab ini , kini telah pun menjadi
ahli peniagaan yang berjaya dan kaya atau pun menjadi ahli politik yang
terkenal. Misalnya Datuk Panglima Ahmad Ayid, seorang ahli perniagaan
dan pemimpin yang sangat berjasa kepada orang orang Melayu di Tawau sejak
sebelum dan selepas kemerdekaan negeri Sabah. Begitu juga dengan sumbangan
beliau kepada penyatuan orang orang Melayu di Tawau bersama sama Datuk Abu
Bakar Titingan serta pemimpin Melayu Tawau yang lain melalui penubuhan PKMT
pada 1945 dan penubuhan USNO pada 1961. Hari ini, Datuk Ghapur Salleh (
Ketua UMNO merangkap ahli Parlimen Kalabakan ) dan Yb Datuk Syed
Abbas Habib Ali ( Ketua UMNO Tawau merangkap ADUN Kawasan Balung ) adalah
antara pemimpin -pemimpin Melayu keturunan Arab yang sangat dikenali dan sedang
menyumbangkan jasa mereka kepada rakyat di daerah Tawau ini.
BANGUNAN BERSEJARAH DI TAWAU
Tugu Peringatan Kalabakan. Konfrontasi Indonesia
terhadap penubuhan Malaysia turut berlaku di Kalabakan. Tentera Indonesia telah
menyerang hendap pos tentera Malaysia di Kalabakan pada malam 29 Disember 1963
dan telah mengorbankan 8 wira negara.
Tinagat Light House atau Rumah Api Tinagat telah
dibin a dalam tahun 1916 dan ia adalah merupakan bangunan yang paling tertua di
Tawau.Rumah Api ini terletak diatas bukit Tinagat yang menghala ke Lautan
Celebes dan Teluk Cowie. Ia digunakan oleh kapal dagang yang ingin masuk ke
Pelabuhan Tawau pada waktu malam. Dari atas bukit ini juga dapat melihat Lautan
yang luas terbentang.Semasa berlaku Peperangan Dunia Kedua pihak tentera Jepun
yang masuk keTawau pada mulanya telah mendarat di Bukit Tinagat. Dari dini
mereka terus masuk ke Bandar Tawau dan sekitarnya. Begitu jugalah semasa
tentera bersekutu menyerang kedudukan tentera Jepun diTawau , Bukit Tinagat
akan sentiasa menjadi sasaran serangan. Kesan dari serangan tersebut masih
dapat dilihat pada dinding Rumah Api ini yang berlubang akibat tembakan senjata
berat dari Kapal Terbang British.
Menara Loceng Tawau
BANDAR TAWAU MENINGKAT MAJU MELALUI PERUBAHAN
INFRASTRUKTUR DAN FASILITI SEJAJAR DENGAN PERUBAHAN WAKTU SEHINGGA KE HARI INI
Tawau Terbakar Tahun 1953 – 7 March 1953
Bandar Tawau terbakar hampir keseluruhannya musnah dijilat api pada7 March
1953. Api dikata mula dikesan pada jam 3.30 petang di Jalan Dunlop . Bangunan
rumah kedai yang diperbuat daripada bahan- bahan kayu manakala dan atapnya
diperbuat daripada daun Nipah yang sememangnya mudah terbakar. Daripada laporan
sebuah akbar di Singapura menyatakan ianya hanya mengambil masa 37 minit untuk
memusnahkan 133 rumah kedai dan 6 pejabat kerajaan termasuklah Balai Polis dan
Pejabat Pos.
Kebetulan pada masa tersebut ada musim kemarau yang melanda
Tawau yang biasanya berlaku dalam bulan March hingga bulan April. Api yang
tidak dapat dikawal dengan keadaan kedudukan Tawau yang berhampiran dengan laut
semestinya factor angin juga menambah api tidak dapat dikawal.
Orang ramai bertungkus lumus membantu untuk memadam api
ketika itu , tetapi api lebih cepat dan memusnahkan rumah kedai dalam masa yang
begitu cepat sekali.
Faktor cuaca yang panas dan kering menjadikan atap yang
diperbuat daripada daun Nipah itu sangat mudah terbakar.
Faktor angin dan keadaan air laut yang surut juga
menyebabkan ramai yang tidak dapat membantu untuk memadam kebakaran tersebut.
Begini lah keadaan Bandar Tawau selepas kebakaran tersebut ,
habis segalanya musnah. Pihak Kerajaan British telah berusaha untuk
mententeramkan keadaan dengan dibantu oleh Pemimpin – pemimpin yang ada diTawau
ketika itu.

Kedai-kedai
semantara di Batu Satu setengah Jalan Kuhara
Kerajaan British dengan Pemimpin – pemimpin Masyarakat Tawau
ketika itu telah bersetuju untuk membina rumah-rumah kedai sementara agar para
peniaga dapat terus mengusahakan perniagaan mereka yang telah musnah dijilat
api. Rumah-rumah kedai sementara ini telah dibina diJalan Kuhara.
Pandangan dari udara Bandar Tawau pada tahun 1950-an
Kesan daripada kebakaran yang berlaku pada 7 March 1953 itu
telah mengubah pandangan dan pemikiran Pihak Kerajaan British dan
Pemimpin-pemimpin Masyarakat ketika itu dengan menaiktaraf reka bentuk dan
material bangunan agar lebih mampu digunakan dalam jangka yang lama. Sebahagian
daripada bangunan-bangunan ini masih lagi terdapat di Bandar Tawau.
Beginilah keadaan dibandar Tawau dalam Tahun 1958 apabila
bangunan-bangunan kedai berfungsi sepenuhnya.
Bandar
Tawau dalam tahun 1958-1960
Bandar
Tawau dalam Tahun 1963 pandangan dari Udara
Pandangan
dari Udara Bandar Tawau tahun 1963 , kelihatan dihujung sana tersegam Indah
Masjid Bandar Tawau yang baru dirasmikan pada 4 Mei 1963.
Pandangan dari Udara Bandar Tawau dalam Tahun 1963 – 1965
dimana kelihatan tersegam Panggung wayang Kong Fah kini sudah diubahsuai
menjadi Pasar Raya Survey Tawau

Dulu tempat ini dipanggil Sawmill , dimana persimpangan
bulatan ke Jalan Kuhara dan ke Kampung Ice Box Dahulu sebelum ada Jalan Raya
yang menghubungkan kawasan Batu Payung , Tinagat , Membalua dan Inderasabah
mereka datang ke Tawau menggunakan Perahu Layar dan ditempat ini lah mereka
berlabuh dan hasil kebun mereka akan dipunggahkan untuk dijual. Kebanyakan dari
mereka sudah mempunyai peraih ( tauke ) sendiri yang akan datang untuk membeli
barangan yang dibawa seperti Kopra , Pisang , Jagong ( kering didalam karung
Guni ) , Rotan ( yang telah dibersihkan / diraut – untuk menjahit atap ) , atap
nipah yang sudah berjahit , Belacan ( udang gergau / bubuk yang telah
dikeringkan ) , Udang kering dan lain-lain lagi. Kedai yang Dua Pintu itu lah
tempat mereka selalu singgah untuk berbelanja dan Minum Kopi ,kerana disitu
terdapat kedai kopi dengan mnyediakan roti paun berkepala dan banyak lagi
jenis-jenis kueh bun.

Persimpangan Bulatan Jalan Kuhara dengan Jalan Ice Box /
Tawau Lama pada Tahun 1972 . Pembahagi Jalan masih lagi menggunakan Drum ,
walaubagaimana pun tiada pernah pemandu yang merempuh drum tersebut. Yang Jauh
kelihatan hujung sana ialah perkampungan Ice Box kini dikenali dengan nama
Kampung Titingan. Bangunan kecil ditepi pantai yang kelihatan itu ialah tempat
orang-orang cina memotong Babi ( Slaughter House ) dan sekarang tempat tersebut
telah dimajukan dengan pusat perniagaan Ba Zhong.
Jalan
Dunlop Waterfront dalam tahun 1972 , jalan ini menghubungkan bandar Tawau
dengan Kampung Titingan ( Ice Box ) dan juga kawasan Tawau Lama serta terus
menghubungkan ke kawasan Jalan Apas yang melalui round about Sawmill.
SISTEM
PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN AWAM DIBANDAR
TAWAU BERMULA SEAWAL TAHUN 1930AN
Keadaan
Pengangkutan dan Perhubungan awam bandar Tawau pada tahun 1932 dikawasan
perhentian bas semasa hari pelepasan am atau pay day hari terima gaji di Jalan
Dunlop.
Station
Bas bandar Tawau dalam tahun 1940 diJalan Dunlop
Bandar Tawau@Tanjung dalam tahun 1950 terus maju dengan
menyediakan sistem pengangkutan yang baik dengan bertambahnya bilangan kereta
dan Bas. Teksi juga sudah diperkenalkan dengan terdapatnya beberapa orang
penduduk Tawau yang mampu mempunyai kereta teksi sendiri.
Dari Tahun 1960an hingga pertengahan 1976 , system
pengangkutan Bas pada masa itu dikuasai oleh satu Syarikat pengangkutan sahaja
iaitu Syarikat Tawau Transport. Hanya selepas tahun 1977 semua permit bas dan
Teksi dibuka kepada semua warganegara Malaysia. Sejak itu bermula lah era
perubahan system Pengangkutan awam di Tawau.
Dalam
Tahun 1960 pembinaan sebuah lapangan Terbang telah rancangkan dan dalam masa
yang singkat sebauh Lapangan Terbang telah bersedia untuk digunakan. Lapangan
Terbang ini digunapakai sehingga lapangan terbang baru siap dibina dikawasan
Balung.
Pelabuhan
Tawau dalam Tahun 1966
Pandangan melalui Udara Bandar Tawau Pada tahun 1978
Pandangan
melalui Udara Bandar Tawau Tahun 2012
Pandangan
Bandar Tawau dari Udara pada Tahun 2013
TOKOH TERKINI DI TAWAU
Hong Teck Guan
Datuk Seri Panglima Hong Teck Guan
(1914-1997)
1935 - The Young Hong Teck Guan memulakan perniagaan di
Sabah.
1938 - 1941 Jepun menduduki Sabah semasa Perang Dunia II.
sumbangan besar Datuk Seri Hong dan acara mengancam nyawa dalam tempoh ini
kemudiannya direkodkan dalam Arkib Sabah. 1
944 - Perniagaan di Tawau dalam jawatan World era Perang
II adalah berfaedah untuk Datuk Seri Hong Teck Guan oleh berdagang dengan
tentera bersekutu. Dengan modal yang lebih, Datuk Seri Hong berkembang
perniagaannya dengan menyebarkan sayap Teck Guan untuk pelbagai daerah Sabah
dan negara-negara luar negara.
1953 - Teck Guan Syarikat telah dimusnahkan oleh
kebakaran terbesar dalam sejarah Tawau. Hampir semua kedai-kedai di bandar
Tawau telah musnah.
1954 - Teck Guan memulakan perniagaan dengan Boustead
Trading dan dikawal pengedaran kelapa kering di seluruh Sabah.
1955 - Teck Guan memulakan perniagaan dengan Shell.
1956 - Teck Guan milik armada kapal laut.
1926 - Berikutan kematian bapanya, saudara dijemput Datuk
Seri Hong untuk bekerja dan belajar di Kedah.
1934 - Datuk Seri Hong pergi ke Kuching untuk belajar
untuk menjadi seorang nelayan dari bapa saudaranya.
1935 - Datuk Seri Hong milik bot nelayan sendiri dan mula
perniagaan yang sentiasa mekar-Nya.
1938 - Datuk Seri Hong terperangkap di Tawau tidak dapat
kembali kerana Perang Dunia Kedua.
1941 - Sumbangan peristiwa mengancam nyawa besar Datuk
Seri Hong semasa anti Jepun perang rekod dibuat dalam archice Sabah.
1944 - Perniagaan di Tawau dalam jawatan World era Perang
II adalah berfaedah untuk Datuk Seri Hong Teck Guan oleh berdagang dengan
tentera bersekutu. Dengan modal yang sangat besar, Datuk Seri Hong berkembang
perniagaannya dengan menyebarkan sayap Teck Guan untuk pelbagai daerah Sabah
dan negara-negara luar negara.
By 1950 Hong Teck Guan mengetuai perniagaan yang berjaya
perdagangan kopra barter dengan Filipina dan Sulawesi.
1956 - Teck Guan armada milik kapal laut.
1957 - Hong memulakan penanaman pokok koko di Balung.
1959 - operasi Bermula daripada kilang papan dan kilang
bata.
1960 - penanaman Bermula getah dan kelapa sawit.
1964 - Datuk
Seri Hong bersama-sama dengan sekumpulan aktiviti sosial Cina & perniagaan
dibentuk Sekolah Tinggi Cina Sabah (SCHC).
1965 - Teck Guan dibangunkan projek perumahan yang
pertama di Sabah, yang dikenali sebagai Teck Guan Villa.
1973 - Datuk Seri Hong telah diberi penghormatan dengan
Datuk tajuk oleh Gabenor Sabah.
1975 - Hong dan syarikatnya menceburi Cocoa produk pembuatan.
1976 - Sebuah kilang Majulah Koko Tawau telah ditubuhkan.
Hasil usaha penerokaannya dalam penanaman koko di Malaysia berjaya
beralih bandar Tawau yang tidak diketahui untuk menjadi Cocoa Modal Asia.
1981 - Datuk Seri Hong Teck Guan Amanah telah ditubuhkan.
1991 - Datuk Seri Hong telah dianugerahkan dengan gelaran
Datuk Seri Panglima oleh Gabenor Sabah.
1992 - Datuk Seri Hong telah dikurniakan Anugerah Tokoh
Wargatua Bapa sulung negeri.
1994 - kilang koko Cacao Paramount memulakan operasi.
1996 - Teck Guan Perdana Berhad telah disenaraikan di
Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
1999 - Atlantica Palm Oil Mill mula beroperasi.
2000 - Brantian Palm Oil Mill mula beroperasi,
2002 - Teck Guan beralih kepada moden & keadaan ibu
pejabat seni di Tawau - Teck Guan Regency. Teck Guan telah dilantik sebagai
pengedar sah prabayar mudah alih Celcom untuk Sabah.
2003 - Sungai Burung Palm Oil Mill mula beroperasi. Teck Guan Steel telah
ditubuhkan dengan menggabungkan semua keluli sedia ada, membina kegiatan
material.
2004 - Teck
Guan Brick Factory memulakan operasi.
2005 - Teck
Guan bergerak ke hadapan ke dalam industri oleokimia di China.
2006 - Teck Guan
mula membina Kernel Crushing Plant
- Teck
Guan menderma RM1.5 juta kepada Sekolah Tinggi Cina Sabah.
LAU GEK POH
Lau RIP pada 4 April 2008 di usia 92.
Beliau meninggalkan Puan Sri Khoo Geuh Noi, tiga orang
anak, sembilan cucu dan dua cicit.
Beliau mempunyai tiga orang anak, tetapi perniagaan
keluarga yang dikendalikan oleh anak saudaranya, Datuk Seri Panglima Lau Cho
Kun.
Beliau kekal lelaki yang mudah dan penuh teka-teki
sehingga kematiannya. Walaupun kekayaannya yang melimpah, dia terbang kelas
ekonomi pada perjalanan perniagaan dan ditanam kepentingan dalam kaligrafi
Cina, berenang dan tai chi.
Hap Seng
Consolidated Bhd adalah sebuah syarikat yang pelbagai dan mantap di Malaysia,
yang mempunyai kepentingan dalam Perladangan,Pelaburan hartanah dan Pembangunan, kredit kewangan, trading, bahan bahan binaan dan kuari stone.
Nasib Hap Seng
berkisar seorang lelaki, maverick perniagaan Lau Gek Poh, yang tiba di apa yang
kemudian dikenali sebagai British Borneo pada tahun 1936 pada usia 19, seorang
budak pekan kecil dari Swatow di Guangzhou.
Lau Gek Poh
memulakan kehidupan perniagaannya di Sabah sebelum Perang Dunia Kedua sebagai
seorang pendatang dari China. Melalui kesungguhan, kesusahan, usaha dan kerja
keras, beliau berjaya mewujudkan perusahaan perniagaan di Gek Poh Kumpulan.
Bermula
sebagai pembantu kedai di Sandakan, Lau berpindah ke Tawau, di mana beliau
menggadaikan barang kemas isterinya sebagai modal untuk memulakan sebuah kedai
runcit, Hup Seng, dengan kawan. Perniagaan adalah baik, tetapi Lau mempunyai
impian besar kerana dia sedar kedai hanya mempunyai potensi yang terhad.
Mencari
peluang lain, beliau memutuskan untuk pergi ke kayu dari mana ia dibuat juta
RM1 pertamanya. Menjelang 1970-an, dia adalah 'raja kayu Sabah ". Resah
dan keusahawanan, Lau tidak dapat merapatkan penglihatannya dengan
perindustrian kayu sahaja.
Seperti
jutawan kayu yang paling, dia membuat satu langkah lateral ke dalam getah, koko
dan kelapa sawit. Beliau diperbadankan The River Estates Ltd pada tahun 1950
yang kemudiannya dikenali sebagai Hap Seng Plantations (River Estates) Sdn Bhd.
Sebagai jentera berat diperlukan dalam industri pembalakan, dia melabur dalam
pengagihannya.
sumber :
http://ysffahmad.blogspot.my/search?updated-min=2012-
https://www.slideshare.net/keretasewatawau/tawau-ebook-37564831
https://ms.wikipedia.org/wiki/Suluk_Tawau
http://www.etawau.com/Who/H/HongTeckGuan.htm
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tidong_Tawau
#Pada pandangan saya,perpaduan kaum di daerah kita amat penting untuk menjamin keamanan.Jika semua bangsa berganding bahu
, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni insya-Allah konsep 1 Malaysia ini akan dapat direalisasikan lebih awal daripada jangkaan kita. Masyarakat sepatutnya mempraktikkan elemen bertolak ansur dan memperteguh kefahaman antara satu sama lain supaya dapat membina impian negara pada masa depan yang lebih gemilang. Intihannya, semua rakyat perlulah mempertahankan semangat perpaduan di negara kita demi negara yang tercinta dan dapat menyambut gamitan negara impian.