Sunday, 5 March 2017


Sejarah Tawau 


Sejarah Tawau tidak diketahui dengan jelas permulaannya terutamanya sebelum tahun 1890-an. Bagaimanapun Tawau telah pun mempunyai penduduk dengan sebuah perkampungan kecil dihuni lebih kurang 200 orang penduduk yang kebanyakannya terdiri daripada Masyarakat Melayu berketurunan Tidung dan Suluk. Mengikut sejarah silamnya semasa kewujudan Tawau sebagai sebuah perkampungan nelayan seratus tahun dahulu, terdapat juga sebuah penempatan Melayu Islam tertua di Kalabakan yang pada ketika itu di bawah naungan Kesultanan Bulungan-Tarakan. Pemimpin mereka pada masa itu ialah Bujong Seripa yang kemudian digantikan oleh adiknya Imam Salleh (1923-1958). Tidak jauh dari Kalabakan, terdapat sebuah lagi penempatan lama di Serudong yang diasaskan oleh Datu Alun bersama pengikut-pengikutnya, seorang kerabat diraja Kesultanan Bulungan yang membawa diri dari tanah airnya. Namun kini yang tinggal hanyalah tapak perkuburan bersejarah. Selain dari kerajaan Kesultanan Sulu yang menguasai tanah jajahan di kawasan utara Borneo, terdapat juga beberapa kawasan jajahan yang dikuasai oleh Kesultanan Bulungan ( yang berpusat di Tanjung Palas ) dan Kerajaan Tidung Tengara ( yang berpusat di Tarakan ). Mengikut sejarahnya sebelum kedatangan British lagi, telah wujud pemimpin-pemimpin Melayu yang berwibawa dan sangat dihormati. Antaranya Imam Sabah (Apas) , Bujong Seripa (Kalabakan) dan Datu Alun (Serudung). Namun kewujudan pemimpin-pemimpin masyarakat Melayu ini ketika itu tidak diiktiraf secara rasmi oleh pihak British dan hanya menjadi sejarah dalam ingatan dan hati orang-orang Melayu Tawau. Tawau pada masa itu hanyalah sebuah kampung yang belum dimajukan, didiami seramai 200 penduduk kampung yang mendirikan rumah-rumah kampung di tepi-tepi sungai dan di kawasan kuala sungai Tawau. Sebahagian besar muka buminya masih lagi hutan tebal dan belum lagi terdapat sebarang bentuk pembangunan sama ada pejabat kakitangan Kerajaan Inggeris atau sebarang penerokaan hutan untuk pertanian. Pada ketika itu Tawau berada dibawah naungan kuasa Kesultanan Sulu. Pada 22 Januari 1878 Suatu Perjanjian termeteri diantara Kesultanan Sulu dan Pihak Inggeris dimana Kesultanan Sulu menyerahkan Kawasan persekitaran Tawau kepada pihak Inggeris. Semenjak daripada itu Tawau telah menjadi sebahagian daripada Kawasan Jajahan orang-orang Inggeris melalui Syarikat ( Berpiagam ) Bornoe Utara. Menurut catatan The North Borneo Volume ( 1955 – 1965 ) menyatakan sistem pentadbiran bermula pada tahun 1898 dimana menyatakan , pihak Syarikat ( berpiagam ) Borneo Utara telah membuka sebuah penempatan di Tawau dan seterusnya mengadakan asas-asas pentadbiran kerajaan tempatan disitu.



Pensempadanan Tawau

Bagi mengelakkan perselisihan faham dengan pihak Belanda ketika itu yang memerintah Indonesia , dimana Tawau adalah berkongsi sempadan dengan Indonesia, pihak pemerintah Inggeris telah mengambil langkah-langkah untuk menetapkan sempadan tersebut . Sempadan asal bagi kawasan yang diserahkan oleh Kesultanan Sulu dan Kesultanan Berunai ialah dibawah Sungai Sibuco berdekatan dengan Tarakan  Indonesia yang mana kawasan tersebut termasuk dibawah Pemerintahan Belanda ketika itu yang mana telah sedia ada penduduk disitu. Berikutan itu satu Suruhanjaya Sempadan telah ditubuhkan pada tahun 1912 yang terdiri daripada pegawai–pegawai dari United Kingdom dan Belanda. Satu Laporan Bersama telah disediakan berserta dengan peta dan ditandatangani oleh Pesuruhjaya masing – masing di Tawau pada 17 Februari 1913 . Kemudian mengikut Protokol diantara United Kingdom dan Belanda yang telah ditandatangani di London pada 28 September 1915 dimana kedua–dua Kerajaan mengesahkan laporan bersama dan Peta tersebut. 



Tokoh Tawau
TAHUN
NAMA TOKOH
1885
Penghulu Puado
- mengetuai penempatan awal orang-orang Bugis Wajo di Tawau diikuti dengan 25 orang-orangnya.
-nama sebenarnya La Toampong bin Andi Buku berketurunan Bugis Wajo, Sengkang Sulawesi     -telah berkahwin dengan Sahara berbangsa Suluk yang berasal dari Sulu.
- Pihak British menganggapnya sebagai pemimpin Masyarakat Melayu Tawau
-diberikan gelaran Penghulu Puado , untuk mentadbir Tawau terutama segala urusan yang melibatkan orang-orang Melayu.
- dianggap sebagai Ketua Masyarakat orang-orang Melayu diTawau oleh Pihak British kerana kewibawaan dan beliau.
- sangat dihormati oleh Masyarakat tempatan.
 -menjadi pemimpin sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1902.
- Pedagang yang berniaga disekitar Pantai Timur Borneo dari Banjarmasin hingga ke Sandakan.

1889
Alexander R. Dunlop sebagai Resident Tawau
-dihantar menjadi wakil Kerajaan British di Tawau
-datang beberapa Pegawai berbangsa Inggeris dan ramai anggota Polis berbangsa Sikh
-Tawau pada ketika itu juga telah didiami oleh masyarakat cina yang melibatkan diri dalam perniagaan kedai dan aktiviti perlombongan arang batu di Silimpopon dan mereka juga mempunyai pemimpin mereka sendiri.
1900

                                            


OKK Kee Abdullah 
Kee Abdullah adalah salah seorang Pegawai Kerajaan British di Tawau yang masih muda.
- turut bekerjasama dengan Penghulu Puado.
- menjadi orang kepercayaan Residen Inggeris , Alexander Rankin Dunlop.
-cina muslim
1905
Sarip Ali
- diberi gelaran “ Suluk Chief “
-menjadi pemimpin selama tujuh tahun
1925
Imam Mustapa  - Native Chief
-berbangsa tidung
1932
Habib Hussein
1945
- Datuk Abu Bakar Titingan bersama pemimpin Melayu yang lain iaitu Datuk Kassim bin Kamidin, Datuk Haji Ahmad Ayid dan Penghulu OKK Zainal bin Kerahu mengasaskan Penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau ( PKMT ) .
-memperjuangkan hak dan kepentingan orang-orang Melayu
-menyatukan Masyarakat Melayu tempatan Tawau
- menuntut Kemerdekaan bagi Negeri Sabah melalui Malaysia pada tahun 1963 bersama sama Tun Datu Nustapa bin Datu Harun melalui USNO.
1950
- diganti oleh Penghulu OKK Abu Bakar anak kepada bekas Penghulu OKK  Kee  Abdullah.    
 - dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan British untuk memberi geran-geran tanah yang sah secara rasmi kepada masyarakat tempatan yang mendiami penempatan disekitar Daerah Tawau untuk menjamin hak keistimewaan penduduk tempatan sebagai masyarakat peribumi di Daerah Tawau
1956
-Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Rahman mempengerusikan Penubuhan Persatuan Islam Tawau (PIT) di bantu oleh Datuk Kassim bin Kamidin telah mendorong penubuhan USIA.          -menjamin keutuhan syiar Islam diTawau khasnya dan di seluruh Sabah amnya.

1959
Haji Abdul Karim Haji Drahman





SUKU BANGSA TERAWAL DI TAWAU

1. BANGSA SULUK

 SULUK TAWAU BUKAN TAUSUG -FILIPINA
Suluk Tawau adalah cuma nama asalnya sebuah keturunan namun hakikatnya kewujudan mereka adalah di dalam sebuah komuniti iaitu orang-orang Melayu sama seperti suku-suku kaum Melayu lain yang terdapat di Tawau seperti Melayu Arab, Melayu Banjar dan Melayu Tidung. Oleh yang demikian, orang-orang Melayu keturunan Suluk di Sabah menganggap diri mereka adalah Orang Melayu lebih-lebih sudah ratusan tahun, mereka cuma bertutur dalam satu bahasa iaitu Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya dan adat Melayu bersama komuniti Melayu lain.
      Walaupun suku suluk ini juga ramai terdapat ramai di tempat lain seperti di Filipina dan Kalimantan namun cara hidup, pertuturan dan budaya di antara Suluk Tawau adalah sangat berbeza dengan Suluk di Filipina ( Tausug ). Ini kerana bahasa pertuturan Suluk Tawau adalah bahasa Melayu Sabah manakala pertuturan Suluk di Filipina adalah bahasa pertuturan Suluk [Tausug]. Ramai orang Tausuq di Filipina yang tidak tahu bertutur bahasa Melayu dan bagi yang tahu bertutur dalam bahasa Melayu, loghat pertuturan mereka adalah sangat berbeza dengan loghat masyarakat Melayu Tempatan. Dari segi budaya hidup pula, Suluk Tawau adalah mengamalkan budaya hidup Melayu tempatan Sabah dan gaya hidup bangsa Malaysia manakala masyarakat Tausuq di Filipna telah mengamalkan budaya masyarakat Tausug yang agak berbeza dengan budaya Melayu di Malaysia.

PERBEZAAN MELAYU TAWAU ( BERDARAH CAMPURAN SULUK ) DENGAN TAUSUG ( SULUK FILIPINA )
         Melayu Tawau ialah masyarakat Melayu yang wujud di Tawau sebelum zaman penjajahan lagi dan sebelum zaman pendudukan tentera Jepun di Borneo Utara. Manakala Tausuq yang merupakan bangsa pendatang dari Filipina yang datang ke Tawau setelah kewujudan negara Filipino. Di Filipina, mereka dikenali sebagai bangsa Moro manakala di Sabah mereka diwartakan sebagai bangsa Filipino sama seperti bangsa Visaya dan Tagalog yang juga berasal dari Filipina dan datang ke Tawau ketika zaman pergolakan peperangan di selatan Filipina. Walaupun masyarakat Melayu Tawau ada yang berdarah campuran Suluk tetapi mereka tidak tahu langsung bertutur dalam bahasa Suluk sebaliknya hanya tahu bertutur dalam bahasa Melayu Loghat Tawau dan mengamalkan adat tradisi Melayu serta patuh kepada ajaran dan amalan agama Islam yang suci, diwarisi dari nenek moyang mereka yang sememangnya tinggal di Tawau sejak beberapa generasi dahulu.

MASYARAKAT MELAYU SULUK TAWAU
          Sebagai penduduk tempatan asli Tawau bersama suku kaum Melayu yang lain seperti Melayu Tidung, Melayu Arab, dan Melayu Banjar tempatan, masyarakat Melayu Suluk hidup bersama-sama dengan mengamalkan budaya dan cara hidup Melayu tempatan. Budaya masyarakat Melayu Tawau adalah budaya kemelayuan yang bertunjangkan agama Islam. Masyarakat ini hidup dengan aman di Tawau tanpa terpengaruh dengan budaya dari Indonesia dan Filipina yang dibawa oleh masyarakat pendatang dari kedua buah negara jiran tersebut.Contoh penempatan awal Masyarakat Melayu Suluk Tawau bersama Masyarakat Melayu Tidung ialah di Kampung Batu Payung, Kampung Apas Balung, Kampung Membalua, Kampung Indrasabah, Kampung Wakuba dan Kampung Ranggu.






2. BANGSA BANJAR




 Suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan Malaysia merupakan anak cucu dari para penghijrah etnik Banjar yang datang dalam tiga gelombang migrasi besar. Bagi golongan mingrasi pertama, penghijrahan telah berlaku pada tahun 1780 ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ketika itu adalah para penyokong Pangeran Amir yang kalah dalam perang saudara Kerajaan Banjar, iaitu Pangeran Tahmidullah. Mereka terpaksa melarikan diri dari wilayah Kerajaan Banjar kerana sebagai musuh politik mereka sudah dijatuhkan hukuman mati.
Bagi golongan migrasi kedua, pada tahun 1862 terjadi lagi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Dalam masa-masa tersebut, suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia antara lain ke negeri Kedah, Perak (Kerian, Sungai Manik, Bagan Datoh), Selangor (Sabak Bernam, Tanjung Karang), Johor (Batu Pahat) dan juga negeri Sabah (Sandakan, Tenom, Keningau, Tawau) yang dikenali sebagai Banjar Melau. Daerah yang paling ramai terdapat etnik Banjar di Malaysia adalah daerah Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan. Tarikh migrasi masyarakat ini ke Tanah Melayu tidak dapat dipastikan, tetapi menurut Afred Bacon Hudson seorang pengkaji orang Banjar, migrasi ini bermula dalam pertengahan abad ke 19. Penempatan yang awal sekali dapat dikesan ialah di Batu Pahat, Johor. Pada masa itu, mereka dikatakan sering berulang alik berdagang dan berniaga kelapa kering melalui Siak, Bentan, Inderagiri terus ke Batu Pahat dan Singapura. Selain daripada itu Bagan Datoh di Perak juga dikatakan tempat pertapakan awal masyarakat ini di Tanah Melayu.


Di Sabah pula, orang Banjar terdapat di Sandakan, Tenom, Keningau dan Tawau. Orang Banjar ini pula terbahagi kepada beberapa puak dan di antara yang terbesar ialah Tanjung dan Kalua dari daerah Balangan, Amuntai dari daerah Amuntai, Barabai dari daerah Alai, Nagara dan Kandangan dari daerah Hamandit, Rantau dari daerah Margasari dan Martapura dari daerah Martapura. Masyarakat ini sering mengidentifikasikan diri mereka berdasarkan daerah tempat asal-usulmereka di Tanah Banjar.



Menurut Pn. Samsiah binti Abd. Rashid, pakaian yang kerap dipakai para remaja dan orang tua kaum perempuan Banjar adalah baju kebaya berpasangan dengan kain batik Menjadi kebiasaan setiap perempuan akan menyiapkan rambutnya dengan cara disanggul. Ada dua cara yang disebut galung malang babuntut dan galung malang. Sanggul ini berbentuk bundar seperti angka lapan. Buntut pada sanggul menunjukkan pemakainya masih gadis. Untuk wanita dewasa dikenakan baju kebaya basawiwi (basujab),kebaya biasa yang diberi                                                                                                variasi kain yang memanjang di bagian                                                                                         depan yang dinamakan sawiwi atau sujab                                                                                          selebar 10 cm.

3. BANGSA TIDUNG


Suku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik. Antara suku kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas, Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Kalumpang, Tidung Pasir Putih, Tidung Merotai dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa kawasan di Masyarakat Tidung dahulu kala tinggal di sepanjang sungai-sungai di pertengahan Borneo Timur hingga sejauh ke utara di Batu Tinagat berdekatan Tawau. ( Henry Roth : 1896 ). Bukti jelas kewujudan bangsa Tidung adalah yang terawal di kawasan daerah Tawau ialah nama tempat yang dinamakan menggunakan panggilan dalam bahasa Tidung seperti nama Tinagat yang bermaksud 'tebang' dan Membalua yang bermaksud 'hantu'. Mungkin kerana dulunya di Batu Tinagat ( Kampung Batu Payung ) ini adalah kawasan hutan tebal yang perlu ditebang dan Kampung Membalua pula dulunya dianggap kawasan berhantu. Tawau sendiri dipercayai dinamakan menggunakan panggilan dalam bahasa tidung yang bermaksud 'mata pancing'.Sandakan seperti di Beluran dan Labuk.
Masyarakat suku kaum Melayu Tidung di Tawau adalah penduduk asal di Tawau. Penempatan asal ialah di kawasan yang kini dikenali sebagai Tawau lama iaitu di sekitar Kuala Sungai Tawau. Nama Tawau sendiri adalah mendapat nama dari bahasa Tidung asli iaitu 'Tawai' yang bermaksud 'mata pancing'. Ini adalah kerana rata-rata penduduk asal tempatan di kawasan yang dikenali Tawau Lama ini adalah golongan nelayan. Ramai di kalangan masyarakat Melayu Tidung memiliki perahu yang dipanggil perahu Kajang. Selain itu, mereka juga mengusaha tanaman padi bukit sebagai sumber makanan harian mereka.
               Walaupun masyarakat Melayu Tidung pernah menghuni di kawasan yang dikenali sebagai Tawau Lama ( Old Tawau ) ini namun setelah kawasan ini dimajukan oleh pihak British pada tahun 1896, kebanyakan mereka telah berhijrah ke kawasan lain seperti di Apas ( di sebelah timur Tawau ) dan Merotai ( di sebelah utara Tawau ). Sehingga kini, mereka masih lagi menjadi penduduk asal dan pemilik tanah di sana. Manakala tidak lama selepas itu, Tawau Lama juga telah ditinggalkan dan Pekan Tawau yang baru telah diwujudkan di sebuah kawasan lain yang dikenali sebagai 'Tanjung'. Lokasi bandar Tawau ini kekal hingga ke hari ini dan kawasan ini juga dikenali sebagai Dewan Undangan Sri Tanjung.



Hari ini, masyarakat Tidung di kawasan sekitar bandar Tawau telah wujud sebagai Masyarakat Melayu kerana berlakunya perkahwinan hampir semua ahli masyarakat ini dengan masyarakat Melayu lain seperti Jawa, Suluk, Banjar, Arab, Iban Muslim dan sebagainya sejak sekian lama. Mereka mengamalkan budaya Melayu dan hanya bertutur dalam bahasa Melayu. Namun sebaliknya di kawasan lain seperti Kalabakan dan Sebatik ( termasuk juga Inderasabah dan Membalua ), masih ramai lagi masyarakat Tidung yang kekal wujud sebagai bangsa Tidung kerana masyarakat di daerah ini agak kurang mengamalkan perkahwinan campur dengan masyarakat lain. Ini berlaku mungkin kerana faktor kedudukannya yang agak terpisah dengan masyarakat Melayu lain. Mereka kekal mengamalkan adat dan budaya Tidung asli hingga ke hari ini.
Mengikut sejarahnya dahulu, kawasan penempatan Tidung di Tawau adalah di bawah kekuasaan Kesultanan Melayu Sulu. Sebelum itu, telah lama wujud penempatan terawal masyarakat Melayu Tidung di Kalabakan, kampung tertua di Tawau yang terletak di bawah naungan Kesultanan Bolongan-Tarakan. Juga terdapat bukti sejarah kewujudan penempatan Melayu Tidung diSerudong ( berdekatan Kalabakan ) sewaktu ketika dahulu di bawah pimpinan Datu Alun yang pernah menjalinkan hubungan dengan Kesultanan Bolongan. Namun,penempatan itu tinggal sejarah setelah Datu Alun bersama para pengikutnya kembali ke Tanjung Selor, Bolongan kerana telah lanjut usia dan mahu mangkat di sana.

Manakala di kawasan-kawasan lain pula termasuk Tawau , Silam, Lahad Datu dan Sandakan pula adalah yang terletak di bawah naungan pemerintahan kesultanan Melayu Sulu. Dengan adanya pengaruh dan naungan Kesultanan Sulu inilah yang membawa kepada penyebaran agama Islam di kalangan masyarakat Melayu Tidung dimana penyampaian dakwah Islamiah ini disampaikan oleh pendakwah dan ulamak dari negara Arab yang berhijrah ke Kepulauan Sulu. Buktinya kini pengaruh Arab begitu kuat dalam adat resam dan kebudayaan masyarakat Melayu Tidung.


4. BANGSA ARAB




       Masyarakat Melayu Arab terdapat di Sabah terutamanya di Tawau, sebuah daerah yang terletak di hujung tenggara negeri Sabah. Masyarakat Melayu Arab di Tawau ini telah wujud sejak lama dahulu iaitu di awal kewujudan bandar Tawau iaitu di zaman pemerintahan Syarikat Borneo Utara British ketika hujung 1880-an. Walaupun masyarakat Melayu keturunan Arab ini terdapat di seluruh Sabah namun di Tawau, masyarakat Melayu Arab agak ramai dan istimewa kerana mereka memainkan peranan utama di dalam perkembangan syiar dakwah agama Islam di Tawau serta perjuangan hak dan politik orang-orang Melayu khususnya di Tawau, Sabah ini.
       

        Masyarakat Melayu Arab Sabah ini banyak mendiami kawasan perkampungan lama seperti di Kampung Pasir Putih Lama bersama sama masyarakat Melayu Tidung, perkampungan di Batu 2, Jalan Apas berdekatan dengan hilir Sungai Tawau dan juga di kawasan kampung Merotai Besar Tawau. Oleh kerana masyarakat Melayu Arab ini adalah antara penduduk terawal di Tawau, masyarakat Melayu Arab ini memiliki banyak tanah-tanah persendirian bergeran di sekitar daerah Tawau.

        Kedatangan orang orang Arab ke Tawau ketika zaman pemerintahan British Borneo Chartered Company dahulu. adalah . memainkan peranan penting sebagai golongan pendakwah dan pedagang dalam menyebar kan syiar islam yang dilakukan menerusi proses penghijirahan .hakikatnya ,sejarah kedatangan masyarakat arab berkait rapat dengan agama islam .ternyata tak dapat di nafikan kebanarannya mengenai toeri kedatangan islam dari tanah arab dengan perkembangan ajaran islam.

       Selain itu, ada juga beberapa orang orang Arab ini yang menjadi tempat rujukan untuk mempelajari agama Islam kerana ilmu dan pengetahuan agama mereka yang tinggi dan seterusnya menjadi pemimpin kepada orang orang Melayu di Tawau. Misalnya, Habib Sheikh Bin Habib Abdulrahamn Al aydrus yang menjadi ketua masyarakat Melayu Islam ( native chief ) di Tawau di antara tahun 1912 hingga 1925. Kemudian seterusnya, Habib Hussein Bin Habib Abu Bakar Al-Aydrus pula pernah menjadi ketua masyarakat di Tawau sekitar tahun 1930an dan akhir 1940an sebelum beliau terkorban dibunuh oleh tentera Jepun bersama Stephen Tan, pemimpin masyarakat Cina di Tawau ketika itu. Ketika era selepas kemerdekaan pula, Habib Abdulrahman Bin Habib Sheh Alaydrus( Bt2 Jln Apas Tawau ) Habib Hassan Bin Habib Umar Al-Hinduan ( Guru Agama ) di Kampung Pasir Putih Lama juga banyak berjasa di dalam perkembangan dakwah Islamiah di Tawau. Selain itu nama-nama lain di kalangan pemimpin masyarakat Melayu berketurunan Arab yang agak dikenali di Tawau ialah Habib Abdul Rahman ( Anak Habib Sheikh ), Habib Idrus, Haji Awadan dan Habib Mohammad..


         Peniaga peniaga Arab yang datang ke Tawau ini menetap di sini dan berkahwin dengan penduduk tempatan. Mereka kebanyakannya terlibat dalam perniagaan kain.
Misalnya Habib Ali, seorang peniaga kain sangat terkenal di Tawau suatu masa dahulu. Anak beliau sekarang adalah seorang ahli politik yang berjaya iaitu Yb Datuk Syed Abbas yang memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Tawau merangkap ADUN kawasan Balung dan juga (Mantan) Pengerusi MUIS negeri Sabah.Banyak orang orang Melayu keturunan Arab ini , kini telah pun menjadi ahli peniagaan yang berjaya dan kaya atau pun menjadi ahli politik yang terkenal. Misalnya Datuk Panglima Ahmad Ayid, seorang ahli perniagaan dan pemimpin yang sangat berjasa kepada orang orang Melayu di Tawau sejak sebelum dan selepas kemerdekaan negeri Sabah. Begitu juga dengan sumbangan beliau kepada penyatuan orang orang Melayu di Tawau bersama sama Datuk Abu Bakar Titingan serta pemimpin Melayu Tawau yang lain melalui penubuhan PKMT pada 1945 dan penubuhan USNO pada 1961. Hari ini, Datuk Ghapur Salleh ( Ketua UMNO merangkap ahli Parlimen Kalabakan ) dan Yb Datuk Syed Abbas Habib Ali ( Ketua UMNO Tawau merangkap ADUN Kawasan Balung ) adalah antara pemimpin -pemimpin Melayu keturunan Arab yang sangat dikenali dan sedang menyumbangkan jasa mereka kepada rakyat di daerah Tawau ini.

BANGUNAN BERSEJARAH DI TAWAU




Tugu Peringatan Kalabakan. Konfrontasi Indonesia terhadap penubuhan Malaysia turut berlaku di Kalabakan. Tentera Indonesia telah menyerang hendap pos tentera Malaysia di Kalabakan pada malam 29 Disember 1963 dan telah mengorbankan 8 wira negara.



 Tinagat Light House atau Rumah Api Tinagat  telah dibin a dalam tahun 1916 dan ia adalah merupakan bangunan yang paling tertua di Tawau.Rumah  Api ini terletak diatas bukit Tinagat yang menghala ke Lautan Celebes dan Teluk Cowie. Ia digunakan oleh kapal dagang yang ingin masuk ke Pelabuhan Tawau pada waktu malam. Dari atas bukit ini juga dapat melihat Lautan yang luas terbentang.Semasa berlaku Peperangan Dunia Kedua pihak tentera Jepun yang masuk keTawau pada mulanya telah mendarat di Bukit Tinagat. Dari dini mereka terus masuk ke Bandar Tawau dan sekitarnya. Begitu jugalah semasa tentera bersekutu menyerang kedudukan tentera Jepun diTawau , Bukit Tinagat akan sentiasa menjadi sasaran serangan. Kesan dari serangan tersebut masih dapat dilihat pada dinding Rumah Api ini yang berlubang akibat tembakan senjata berat dari Kapal Terbang British.


Menara Loceng Tawau



BANDAR TAWAU MENINGKAT MAJU MELALUI PERUBAHAN INFRASTRUKTUR DAN FASILITI SEJAJAR DENGAN PERUBAHAN WAKTU SEHINGGA KE HARI INI

Tawau Terbakar Tahun 1953 – 7 March 1953
Bandar Tawau terbakar hampir keseluruhannya musnah dijilat api pada7 March 1953. Api dikata mula dikesan pada jam 3.30 petang di Jalan Dunlop . Bangunan rumah kedai yang diperbuat daripada bahan- bahan kayu manakala dan atapnya diperbuat daripada daun Nipah yang sememangnya mudah terbakar. Daripada laporan sebuah akbar di Singapura menyatakan ianya hanya mengambil masa 37 minit untuk memusnahkan 133 rumah kedai dan 6 pejabat kerajaan termasuklah Balai Polis dan Pejabat Pos.










Kebetulan pada masa tersebut ada musim kemarau yang melanda Tawau yang biasanya berlaku dalam bulan March hingga bulan April. Api yang tidak dapat dikawal dengan keadaan kedudukan Tawau yang berhampiran dengan laut semestinya factor angin juga menambah api tidak dapat dikawal.


Orang ramai bertungkus lumus membantu untuk memadam api ketika itu , tetapi api lebih cepat dan memusnahkan rumah kedai dalam masa yang begitu cepat sekali.



Faktor cuaca yang panas dan kering menjadikan atap yang diperbuat daripada daun Nipah itu sangat mudah terbakar.




Faktor angin dan keadaan air laut yang surut juga menyebabkan ramai yang tidak dapat membantu untuk memadam kebakaran tersebut.



Begini lah keadaan Bandar Tawau selepas kebakaran tersebut , habis segalanya musnah. Pihak Kerajaan British telah berusaha untuk mententeramkan keadaan dengan dibantu oleh Pemimpin – pemimpin yang ada diTawau ketika itu.


                                    Kedai-kedai semantara di Batu Satu setengah Jalan Kuhara

Kerajaan British dengan Pemimpin – pemimpin Masyarakat Tawau ketika itu telah bersetuju untuk membina rumah-rumah kedai sementara agar para peniaga dapat terus mengusahakan perniagaan mereka yang telah musnah dijilat api. Rumah-rumah kedai sementara ini telah dibina diJalan Kuhara.


Pandangan dari udara Bandar Tawau pada tahun 1950-an

Kesan daripada kebakaran yang berlaku pada 7 March 1953 itu telah mengubah pandangan dan pemikiran Pihak Kerajaan British dan Pemimpin-pemimpin Masyarakat ketika itu dengan menaiktaraf reka bentuk dan material bangunan agar lebih mampu digunakan dalam jangka yang lama. Sebahagian daripada bangunan-bangunan ini masih lagi terdapat di Bandar Tawau.

Beginilah keadaan dibandar Tawau dalam Tahun 1958 apabila bangunan-bangunan kedai berfungsi sepenuhnya.



Bandar Tawau dalam tahun 1958-1960


Bandar Tawau dalam Tahun 1963 pandangan dari Udara


Pandangan dari Udara Bandar Tawau tahun 1963 , kelihatan dihujung sana tersegam Indah Masjid Bandar Tawau yang baru dirasmikan pada 4 Mei 1963.

Pandangan dari Udara Bandar Tawau dalam Tahun 1963 – 1965 dimana kelihatan tersegam Panggung wayang Kong Fah kini sudah diubahsuai menjadi Pasar Raya Survey Tawau

Dulu tempat ini dipanggil Sawmill , dimana persimpangan bulatan ke Jalan Kuhara dan ke Kampung Ice Box Dahulu sebelum ada Jalan Raya yang menghubungkan kawasan Batu Payung , Tinagat , Membalua dan Inderasabah mereka datang ke Tawau menggunakan Perahu Layar dan ditempat ini lah mereka berlabuh dan hasil kebun mereka akan dipunggahkan untuk dijual. Kebanyakan dari mereka sudah mempunyai peraih ( tauke ) sendiri yang akan datang untuk membeli barangan yang dibawa seperti Kopra , Pisang , Jagong ( kering didalam karung Guni ) , Rotan ( yang telah dibersihkan / diraut – untuk menjahit atap ) , atap nipah yang sudah berjahit , Belacan ( udang gergau / bubuk yang telah dikeringkan ) , Udang kering dan lain-lain lagi. Kedai yang Dua Pintu itu lah tempat mereka selalu singgah untuk berbelanja dan Minum Kopi ,kerana disitu terdapat kedai kopi dengan mnyediakan roti paun berkepala dan banyak lagi jenis-jenis kueh bun.

Persimpangan Bulatan Jalan Kuhara dengan Jalan Ice Box / Tawau Lama pada Tahun 1972 . Pembahagi Jalan masih lagi menggunakan Drum , walaubagaimana pun tiada pernah pemandu yang merempuh drum tersebut. Yang Jauh kelihatan hujung sana ialah perkampungan Ice Box kini dikenali dengan nama Kampung Titingan. Bangunan kecil ditepi pantai yang kelihatan itu ialah tempat orang-orang cina memotong Babi ( Slaughter House ) dan sekarang tempat tersebut telah dimajukan dengan pusat perniagaan Ba Zhong.


Jalan Dunlop Waterfront dalam tahun 1972 , jalan ini menghubungkan bandar Tawau dengan Kampung Titingan ( Ice Box ) dan juga kawasan Tawau Lama serta terus menghubungkan ke kawasan Jalan Apas yang melalui round about Sawmill.


SISTEM PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN AWAM DIBANDAR

TAWAU BERMULA SEAWAL TAHUN 1930AN


Keadaan Pengangkutan dan Perhubungan awam bandar Tawau pada tahun 1932 dikawasan perhentian bas semasa hari pelepasan am atau pay day hari terima gaji di Jalan Dunlop. 


Station Bas bandar Tawau dalam tahun 1940 diJalan Dunlop 



Bandar Tawau@Tanjung dalam tahun 1950 terus maju dengan menyediakan sistem pengangkutan yang baik dengan bertambahnya bilangan kereta dan Bas. Teksi juga sudah diperkenalkan dengan terdapatnya beberapa orang penduduk Tawau yang mampu mempunyai kereta teksi sendiri.


Dari Tahun 1960an hingga pertengahan 1976 , system pengangkutan Bas pada masa itu dikuasai oleh satu Syarikat pengangkutan sahaja iaitu Syarikat Tawau Transport. Hanya selepas tahun 1977 semua permit bas dan Teksi dibuka kepada semua warganegara Malaysia. Sejak itu bermula lah era perubahan system Pengangkutan awam di Tawau.


Dalam Tahun 1960 pembinaan sebuah lapangan Terbang telah rancangkan dan dalam masa yang singkat sebauh Lapangan Terbang telah bersedia untuk digunakan. Lapangan Terbang ini digunapakai sehingga lapangan terbang baru siap dibina dikawasan Balung.


Pelabuhan Tawau dalam Tahun 1966


Pandangan melalui Udara Bandar Tawau Pada tahun 1978

Pandangan melalui Udara Bandar Tawau Tahun 2012

Pandangan Bandar Tawau dari Udara pada Tahun 2013


TOKOH TERKINI DI TAWAU

     Hong  Teck  Guan

Datuk Seri Panglima Hong Teck Guan 
(1914-1997)


1935 - The Young Hong Teck Guan memulakan perniagaan di Sabah.

1938 - 1941 Jepun menduduki Sabah semasa Perang Dunia II. sumbangan besar Datuk Seri Hong dan acara mengancam nyawa dalam tempoh ini kemudiannya direkodkan dalam Arkib Sabah. 1

944 - Perniagaan di Tawau dalam jawatan World era Perang II adalah berfaedah untuk Datuk Seri Hong Teck Guan oleh berdagang dengan tentera bersekutu. Dengan modal yang lebih, Datuk Seri Hong berkembang perniagaannya dengan menyebarkan sayap Teck Guan untuk pelbagai daerah Sabah dan negara-negara luar negara.

1953 - Teck Guan Syarikat telah dimusnahkan oleh kebakaran terbesar dalam sejarah Tawau. Hampir semua kedai-kedai di bandar Tawau telah musnah.

1954 - Teck Guan memulakan perniagaan dengan Boustead Trading dan dikawal pengedaran kelapa kering di seluruh Sabah.

1955 - Teck Guan memulakan perniagaan dengan Shell.

1956 - Teck Guan milik armada kapal laut.

1926 - Berikutan kematian bapanya, saudara dijemput Datuk Seri Hong untuk bekerja dan belajar di Kedah.


1934 - Datuk Seri Hong pergi ke Kuching untuk belajar untuk menjadi seorang nelayan dari bapa saudaranya.


1935 - Datuk Seri Hong milik bot nelayan sendiri dan mula perniagaan yang sentiasa mekar-Nya.


1938 - Datuk Seri Hong terperangkap di Tawau tidak dapat kembali kerana Perang Dunia Kedua.


1941 - Sumbangan peristiwa mengancam nyawa besar Datuk Seri Hong semasa anti Jepun perang rekod dibuat dalam archice Sabah.


1944 - Perniagaan di Tawau dalam jawatan World era Perang II adalah berfaedah untuk Datuk Seri Hong Teck Guan oleh berdagang dengan tentera bersekutu. Dengan modal yang sangat besar, Datuk Seri Hong berkembang perniagaannya dengan menyebarkan sayap Teck Guan untuk pelbagai daerah Sabah dan negara-negara luar negara.


By 1950 Hong Teck Guan mengetuai perniagaan yang berjaya perdagangan kopra barter dengan Filipina dan Sulawesi.


1956 - Teck Guan armada milik kapal laut.



1957 - Hong memulakan penanaman pokok koko di Balung.

  
1959 - operasi Bermula daripada kilang papan dan kilang bata.

1960 - penanaman Bermula getah dan kelapa sawit.

1964 - Datuk Seri Hong bersama-sama dengan sekumpulan aktiviti sosial Cina & perniagaan dibentuk           Sekolah Tinggi Cina Sabah (SCHC).

1965 - Teck Guan dibangunkan projek perumahan yang pertama di Sabah, yang dikenali sebagai Teck Guan Villa.

1973 - Datuk Seri Hong telah diberi penghormatan dengan Datuk tajuk oleh Gabenor Sabah.

1975 - Hong dan syarikatnya menceburi Cocoa produk pembuatan. 

1976 - Sebuah kilang Majulah Koko Tawau telah ditubuhkan. Hasil usaha penerokaannya dalam  penanaman koko di Malaysia berjaya beralih bandar Tawau yang tidak diketahui untuk menjadi  Cocoa Modal Asia.



 1981 - Datuk Seri Hong Teck Guan Amanah telah ditubuhkan.
                                   

1991 - Datuk Seri Hong telah dianugerahkan dengan gelaran Datuk Seri Panglima oleh Gabenor Sabah.


1992 - Datuk Seri Hong telah dikurniakan Anugerah Tokoh Wargatua Bapa sulung negeri.


1994 - kilang koko Cacao Paramount memulakan operasi.

1996 - Teck Guan Perdana Berhad telah disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

1999 - Atlantica Palm Oil Mill mula beroperasi.

2000 - Brantian Palm Oil Mill mula beroperasi,

2002 - Teck Guan beralih kepada moden & keadaan ibu pejabat seni di Tawau - Teck Guan Regency. Teck Guan telah dilantik sebagai pengedar sah prabayar mudah alih Celcom untuk Sabah.


2003 - Sungai Burung Palm Oil Mill mula beroperasi. Teck Guan Steel telah ditubuhkan dengan menggabungkan semua keluli sedia ada, membina kegiatan material.


2004 - Teck Guan Brick Factory memulakan operasi.

2005 - Teck Guan bergerak ke hadapan ke dalam industri oleokimia di China.

2006 - Teck Guan mula membina Kernel Crushing Plant
        - Teck Guan menderma RM1.5 juta kepada Sekolah Tinggi Cina Sabah.



LAU GEK POH



Lau RIP pada 4 April 2008 di usia 92.
Beliau meninggalkan Puan Sri Khoo Geuh Noi, tiga orang anak, sembilan cucu dan dua cicit.


Beliau mempunyai tiga orang anak, tetapi perniagaan keluarga yang dikendalikan oleh anak saudaranya, Datuk Seri Panglima Lau Cho Kun.

Beliau kekal lelaki yang mudah dan penuh teka-teki sehingga kematiannya. Walaupun kekayaannya yang melimpah, dia terbang kelas ekonomi pada perjalanan perniagaan dan ditanam kepentingan dalam kaligrafi Cina, berenang dan tai chi.

Hap Seng Consolidated Bhd adalah sebuah syarikat yang pelbagai dan mantap di Malaysia, yang mempunyai kepentingan dalam Perladangan,Pelaburan hartanah dan Pembangunan, kredit kewangan, trading, bahan bahan binaan dan kuari stone. 

       Nasib Hap Seng berkisar seorang lelaki, maverick perniagaan Lau Gek Poh, yang tiba di apa yang kemudian dikenali sebagai British Borneo pada tahun 1936 pada usia 19, seorang budak pekan kecil dari Swatow di Guangzhou.

         Lau Gek Poh memulakan kehidupan perniagaannya di Sabah sebelum Perang Dunia Kedua sebagai seorang pendatang dari China. Melalui kesungguhan, kesusahan, usaha dan kerja keras, beliau berjaya mewujudkan perusahaan perniagaan di Gek Poh Kumpulan.

       Bermula sebagai pembantu kedai di Sandakan, Lau berpindah ke Tawau, di mana beliau menggadaikan barang kemas isterinya sebagai modal untuk memulakan sebuah kedai runcit, Hup Seng, dengan kawan. Perniagaan adalah baik, tetapi Lau mempunyai impian besar kerana dia sedar kedai hanya mempunyai potensi yang terhad.

        Mencari peluang lain, beliau memutuskan untuk pergi ke kayu dari mana ia dibuat juta RM1 pertamanya. Menjelang 1970-an, dia adalah 'raja kayu Sabah ". Resah dan keusahawanan, Lau tidak dapat merapatkan penglihatannya dengan perindustrian kayu sahaja.

       Seperti jutawan kayu yang paling, dia membuat satu langkah lateral ke dalam getah, koko dan kelapa sawit. Beliau diperbadankan The River Estates Ltd pada tahun 1950 yang kemudiannya dikenali sebagai Hap Seng Plantations (River Estates) Sdn Bhd. Sebagai jentera berat diperlukan dalam industri pembalakan, dia melabur dalam pengagihannya.



sumber :
http://ysffahmad.blogspot.my/search?updated-min=2012-
https://www.slideshare.net/keretasewatawau/tawau-ebook-37564831
https://ms.wikipedia.org/wiki/Suluk_Tawau
http://www.etawau.com/Who/H/HongTeckGuan.htm
https://ms.wikipedia.org/wiki/Tidong_Tawau

#Pada pandangan saya,perpaduan kaum di daerah kita amat penting untuk menjamin keamanan.Jika semua bangsa berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni insya-Allah konsep 1 Malaysia ini akan dapat direalisasikan lebih awal daripada jangkaan kita. Masyarakat sepatutnya mempraktikkan elemen bertolak ansur dan memperteguh kefahaman antara satu sama lain supaya dapat membina impian negara pada masa depan yang lebih gemilang. Intihannya, semua rakyat perlulah mempertahankan semangat perpaduan di negara kita demi negara yang tercinta dan dapat menyambut gamitan negara impian.

No comments:

Post a Comment