Monday, 15 May 2017




Archimedes Principle

  1. Prinsip Archimedes menyatakan bahawa tujah ke atas yang dialami oleh suatu jasad yang tenggelam sepenuhnya atau separa tenggelam adalah sama dengan berat cecair yang disesarkan oleh jasad itu.
  2. Dari segi matematik:
    Daya tujahan
F=ρVg  
V = isipadu disesarkan
 ρ = ketumpatan cecair
 g = daya tarikan graviti





3.                   Daya tujahan di dalam bendalir adalah disebabkan oleh beza tekanan di antara permukaan    bawah dengan permukaan atas.
4.                   Tujah ke atas ialah daya yang bertindak pada arah ke atas terhadap suatu jasad yang direndam separuh atau sepenuhnya dalam suatu cecair.







  1. Rajah di atas menunjukkan suatu jasad sekata yang tenggelam separuh dalam suatu cecair.
  2. Berat air yang tersesar adalah sentiada sama dengan daya tujah.


Ini prinsip Archimedes II. Tak paham?Ok chill.....


Ia mempunyai dua teori.Jika anda jawab kedua dua teori ini dalam SPM pun masih boleh dapat full marks.

Teori I
Apabila air diisi kedalam tangki balas,Kapal akan tenggelam.Ini kerana objek tersebut semakin berat.Ketumpatan isipadu kapal meningkat.Ini menyebabkan kapal selam akan turun sehingga kedalam itu,isipadu air dalam laut itu sama ketumpatannya dengan isipadu tekanan dalam kapal selam tersebut.

Apabila air dikeluarkan dari tangki balas.Ketumpatan air dalam kapal selam berkurang.Kapal akan naik keatas  apabila isipadu air sama tekanan isipadu di luar kapal selam.

Teori II
Apabila  daya tujah ke atas sama dengan berat kapal selam.Objek akan kekal pegun.Apabila daya tujah keatas melebihi berat kapal selam,kapal selam akan naik keatas.Apabila daya tujah kurang daripada berat objek,maka kapal akan tenggelam.

No comments:

Post a Comment